Selama 2 Hari 1 Malam, Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya berjalan dengan lancar dengan semangat dan iltizam yang menggunung tinggi demi memantapkan lagi ekonomi ummah.
Seramai 78 peserta hadir. Antara pemimpin yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad,PJS Noormah Zainol, PJS Ismail Othman, PJS Zanbli Abd Rashid, PJS Siti Habibah Yusof dan PJS Rosmandi Ishak.
Pengarah PBC ini adalah PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Turut hadir membantu PBC tersebut ialah PJS Muzlina, PJ Nailulmuna, PHJS Zainudin Abdul, PJ Rahmah Rahmat, PJ Ustaza Yusfee Yusof, PJ Ustaz Irwan dan PJ Shahril dari Sabah.
Turut membantu ialah Ustaz Tarmizi dan beberapa pemimpin sekitar Subang dan Tanjung Malim. PBC pada kali ini disertai oleh pelbagai golongan. Kebanyakannya adalah kakitangan awam yang berkhidmat di UPSI, guru-guru dan pejabat-pejabat kerajaan sekitar Kuala Lumpur. Hadir sama beberapa pelajar dari Kolej Insaniah, KUIS dan Universiti tempatan.
Diakhir program, para pemenang bagi kumpulan pembentang terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Minyak But-But (Tempat Pertama), Kumpulan Radix Kapsul (Tempat Kedua) dan Kumpulan Paramaria (Tempat Ketiga).
Bagi yang masih belum hadir ke PBC, sudi-sudikanlah hadir demi melahirkan usahawan yang berjaya dan secara tidak langsung menjadi pengguna barangan HALAL lagi baik dan penuh barakah.
Sumber : Blog PJM Ismail Othman
Posted by
Haddy Haswyra
Tuesday, December 22, 2009