Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Adakah badan kita perlukan gula? Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga. Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya!
Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap
Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini. di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
HPA dan GULA
HERBALISMA
Herbalisma ialah satu kefahaman mengenai herba yang menyatakan "biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu".
Tumbuh-tumbuhan (herba) adalah merupakan ciptaan Allah S.W.T yang terhampir dengan kehidupan manusia. Sejak zaman pra-sejarah; iaitu sebelum wujudnya perubatan moden lagi, masyarakat manusia telah menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan ubatan; dan resepi-resepi yang telah diformulasikan telah lulus ujian berabad-abad lamanya.
Penggunaan herba ini jelas di negara-negara maju seperti Jepun, China dan negara-negara Eropah. Di negara Jepun terdapat satu perushaan herba di pinggir Kota tokyo yang telah dipelopori oleh Tsumara Jutendo yang mana herba telahpun diterima sebagai perubatan alternatif. Proses pengilangannya adalah berkonsepkan GMP yang hampir 80% menggunakan robot.
Di Malaysia juga tidak kurang dengan penemuan herba terbaik misalnya pada tahun 1886 sebuah manuskrip lama yang telah ditulis oleh Ismail Munshi memuatkan 543 preskripsi yang mana preskripsi no. 99 telah digunakn di UK sebagai rawatan terbaik kepada masalah "athma" dan "bronkolis". Ini membuktikan bahawa penggunaan herba boleh dijadikan sebagai satu alternatif atau komplimentari kepada ubatan alopati.
TUJUAN PENGAMBILAN HERBA
Herba terbaik ialah yang tumbuh di sekitar kita. Malaysia memiliki lebih dari 1230 spesis tumbuhan ubatan yang telah meletakkan negara ini di antara yang terkaya dengan tumbuhan ubatan. Kemujaraban herba tempatan dapat dibuktikan melalui analisis saintifik yang dibuat terhadap tumbuhan herba yang menjadi amalan warisan nenek moyang kita sebagai ulam.
Para Herbalis mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alami yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal ini menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan penyakit.
1. Penggunaan Herba Sebagai Pemakanan Kesihatan
Para herbalis percaya bahawa sebab utama terjadinya penyakit bukan disebabkan oleh kuman, virus, bakteria atau mikrob tetapi penyakit terjadi akibat lemahnya sistem ketahanan badan di dalam tubuh seseorang itu. Apabila sistem imuniti ini berada pada tahap yang rendah maka kuman mulalah menyerang.
Untuk memastikan supaya sistem imuniti seseorang itu sentiasa berada pada tahap yang tinggi, maka pengambilan herba yang tumbuh secara semulajadi dan bebas dari pencemaran adalah disarankan. Bahan-bahan di dalam herba seperti vitamin, galian, protein, serat, karbohidrat, beta karoten, dan bahan-bahan aktif yang lain adalah diperlukan secara berterusan oleh badan untuk membaiki sistem ketahanan badan seseorang untuk rawatan melawan penyakit yang ada . Ianya perlu diamalkan dalam jangka masa tertentu untuk memastikan kemujarabannya kerana herba mengandungi bahan aktif yang terlalu sedikit dan bertindak secara perlahan.
Zat pemakanan herba bukan bertindak kepada tempat atau penyakit tertentu sahaja tetapi untuk kesihatan seluruh badan.
2. Penggunaan Herba Untuk Perubatan
Ilmu perubatan menggunakan herba telah berkembang sejak sejarah manusia bermula. Pengamalan yang berlaku berabad-abad lamanya, akhirnya diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Masyarakat dahulu menentukan ubat melalui pemerhatian makroskopik seperti melihat pokok Bayam Berduri dikaitkan dengan penambahan darah. Setelah perkembangan sains berlaku, herba-herba ini telah diuji satu persatu dan terbukti kebenarannya.
Istilah herba ubatan pada mulanya dikaitkan dengan tumbuhan yang tidak berkayu, tetapi kini herba ubatan telah diertikan sebagai tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan terapeutik, seperti
Mengkudu Hutan (Morinda citrifolia) yang mengandungi morindin sebagai anti kanser, | |
Pegaga (Centella asiatica) yang mengandungi asitikosida yang berguna untuk masalah kulit dan meningkatkan minda (IQ). | |
Akar Lalang (Imperata cylindrica) yang mengandungi lebih dari 20 jenis bahan aktif yang berkesan dalam merawat masalah ginjal, batu karang, saraf, demam, batuk dan sebagainya. |
Keberkesanan perawatan alamiah diakui pengguna melalui testimoni dan dari penelitian (kajian klinikal) dan pengamatan para perawat sendiri.
Pengambilan herba ubatan adalah untuk mengembalikan keharmonian tubuh di mana seluruh tubuh boleh berfungsi seperti sediakala terutama sistem imuniti. Oleh itu tujuan pengambilan herba ubatan adalah sebagai berikut:
1. Mencegah munculnya penyakit-penyakit baru.
Apabila kita merawat sesuatu penyakit, tujuan asalnya ialah untuk membendung agar ianya tidak melarat, baik penyakit akut (ringan) mahupun kronik (parah). Misalnya penyakit kencing manis yang tidak dicegah akan menyebabkan berlakunya gangguan ginjal atau penyakit yang sama tetapi semakin kronik, seperti kanser payudara yang akan merebak ke bahagian lain. Oleh kerana itu, pengambilan herba adalah sebagai langkah pencegahan agar sel-sel yang sihat tidak dijangkiti oleh sel-sel kanser.
2. Merawat penyakit sediada.
Tujuan kedua barulah ditumpukan kepada penyembuhan penyakit sediada. Tindakan yang dilakukan oleh herba dalam hal ini ialah:
Release (Mengeluarkan): proses ini ialah mengeluarkan segala toksid (racun) yang menjadi punca penyakit. Proses ini sering dikenali dengan detoksifikasi; proses membangkitkan sistem imuniti tubuh. | |
Relax (Merehatkan): peringkat ini tubuh diletakkan dalam keadaan yang stabil di mana keadaan suhu, alkali dan asid berada pada tahap yang paling baik agar dapat membantu berfungsinya sistem imuniti tubuh. | |
Regeneration (Menggantikan dengan yang baru): sel-sel yang telah mati diganti dengan sel-sel baru di mana proses penuaan (aging) dipertahankan malah berlaku keadaan yang terbalik setelah mengamalkan herba. Bahan anti oksidan di dalam herba akan bertindak sebagai anti penuaan dalam pencegahan penyakit-penyakit degeneratif. | |
Refunction (Mengembalikan fungsi): setelah proses di atas berjalan dengan sempurna maka organ-organ akan berfungsi semula dengan baik. Sistem imuniti akan bekerja dengan baik menolak penyakit dari dalam tubuh. |
REAKSI HERBA
Dalam menggunakan herba samada sebagai pemakanan kesihatan atau untuk tujuan rawatan, seseorang itu hendaklah mempunyai keyakinan bahawa dalam setiap kejadian Allah s.w.t itu ada fungsinya yang tertentu. Perawatan herba juga mempunyai banyak kesamaan dengan perubatan moden di sudut kewujudan kesanbalas selepas penggunaannya. Proses keserasian tubuh bagi menerima herba seringkali mewujudkan tanda-tanda positif seperti berikut:
- badan terasa panas
- suara menjadi parau
- kering kerongkong
- sakit kepala / pening
- mata merah
- telinga panas dan berdesing
- sakit pinggang
- sakit bawah kaki / tumit
- muntah
- ruam-ruam dibadan
Simtom ini berlaku disebabkan oleh:
- penggunaan herba jenis panas seperti pokok mengkunyit (Coscinium blumeanum), pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia), dan pokok patawali (Tinospora crispa)
- ubat sedang bertindak
- proses pengeluaran toksid, penyeimbangan suhu atau angin sedang berlaku.
Secara umumnya, herba hendaklah di ambil sebelum makan atau ketika perut kosong. Sekiranya simtom di atas terjadi; pengambilan herba hendaklah diteruskan tetapi dengan mengurangkan dosnya atau diberikan selepas makan. Setiap pengamal herba hendaklah meminum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari terutamanya bila mengambil herba yang bersifat panas.
SINERGI DALAM RAWATAN
Satu lagi kesamaan dengan perubatan moden dalam perawatan menggunakan herba ini adalah dalam kaedah menggabungkan (sinergi) ubat. Contohnya, bagi orang yang demam sinerginya meliputi ubat demam, antibiotik dan pelengkapnya seperti vitamin, ubat selsema, ubat batuk dan sebagainya mengikut gejala yang dialami oleh pesakit.
Sinergi yang lengkap, sesuai dan tepat amat penting bagi memastikan:
- meningkatkan potensi keberkesanan
- mengelakkan kesan sampingan
- mengurangkan kekerasan ubat
- mempercepatkan kesembuhan
Sinergi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama :
- sinergi wajib – pada amnya berfungsi untuk memulih dan memperbaiki keseluruhan sistem tubuh (homeostasis) agar dapat mengekang tubuh daripada serangan penyakit yang dideritai.
- sinergi asas – berdasarkan diagnosis atau penyakit yang dihidapi.
- sinergi pelengkap – kebiasaannya mereka yang menghidapi penyakit tertentu turut mengalami gejala-gejala yang timbul akibat penyakit tersebut.
Perlu diingatkan bahawa, setiap sinergi ini akan bersepadu secara berkesan bagi membantu proses pemulihan yang sepenuhnya. Sebarang pengabaian mana-mana sinergi mungkin membantut dan melambatkan proses pemulihan.
SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN
Adakalanya herba yang kita makan tidak berkesan secara maksimal. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
-
Masalah "Mind Set" - Keyakinan yang positif terhadap herba adalah merupakan anak kunci pengubatan kerana Allah S.W.T. telah menjadikan sesuatu itu dengan fungsi tertentunya. Apabila pengambilan herba dilakukan dalam keadaan terpaksa atau ragu-ragu, maka 'pintu pengubatan' bagi diri seseorang itu tidak dibuka dengan sepenuhnya dan mengakibatkan kurang berkesan perawatan herba ke atas dirinya.
-
Tekanan atau Stress - Tekanan yang berpanjangan akan meyebabkan kelenjar di dalam tubuh merembeskan bahan kimia tertentu yang menghalangi proses penyerapan dan tindakan pengubatan herba.
-
Pengambilan air yang tidak mencukupi - Air yang kurang juga menyebabkan herba tidak dapat diserap dengan baik terutama bila mengambil herba yang bersifat diuretik. Keperluan air untuk seseorang adalah sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
-
Penggunaan yang tidak berterusan - Sebahagian herba mempunyai daya kerja yang agak lambat dan memerlukan jangka masa tertentu untuk melakukan proses pemulihan. Seseorang pesakit terutamanya yang telah mengidap penyakit yang agak lama, perlulah bersabar dan memberikan masa yang panjang sedikit untuk herba berkesan sepenuhnya merawat tubuh.
-
Pengikatan dan pembuangan - Cara pengambilan herba yang salah atau penggunaan herba bersama dengan ubat-ubatan lain akan membentuk ikatan kimia yang tidak diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh.
-
Dos yang tidak mencukupi - Dos yang cukup akan memberikan beberapa isyarat kepada tubuh, seperti peningkatan suhu badan dan rasa sengal pada tubuh. Hal ini menunjukan 'tindakbalas' herba yang memenuhi keperluan tubuh. (Lihat Nota Reaksi Herba)
GOLONGAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
Adakalanya seseorang perlu diberikan perhatian khas untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya dalam mengamalkan herba. Golongan yang tertentu tersebut adalah seperti berikut:
-
Orang yang kurus - biasanya mereka mengalami masalah pencernaan dan menyebabkan khasiat makanan yang diambil tidak dapat diserap dengan baik.
-
Orang tua lanjut usia - organ-organ tubuhnya sudah mulai lemah.
-
Kanak-kanak - organ tubuh pada kanak-kanak belum terbentuk secara sempurna sehingga daya serapnya terhadap zat pemakanan belum optima.
Ketiga-tiga golongan tersebut perlu dibantu dalam mengambil herba iaitu dengan membuka kapsul pembungkusnya. Kemudian herba tersebut di masukkan ke dalam gelas dan dibancuhkan dengan air mendidih sehingga rata. Minum bila airnya telah menjadi suam.
PRODUK HERBA YANG SELAMAT
Setiap produk herba yang hendak dipasarkan harus melalui beberapa tahap ujian yang diluluskan penggunaanya seperti:
-
Ujian Logam Berat - Produk yang dikeluarkan harus bebas dari logam-logam berat seperti Arsenik, Plumbum dan Mercury dan kandungan yang dibenarkan di dal herba untuk setiap logam tersebut adalah seperti berikut:
-
Arsenik : <>
-
Plumbum : <>
-
Mercury : <>
-
-
Ujian Bahan Steroid - Produk herba bersangkutan tidak boleh mengandungi bahan steroid sintetik
-
Ujian Mikrob - Had batas mirob di dalam herba bersangkutan tidak boleh melebihi dari 10 CFU (Coloni Forming Unit/Total Microbial Count/GM). 4 jenis mikrob yang tidak dibenarkan berada di dalam produk berkenaan adalah seperti E-coli, Salmonella, Staphylococos aureus dan Pseudomonas aeruginosa.
-
Ujian Kelarutan - Untuk memastikan produk tersebut larut dalam sistem pencernaan manusia, produk dalam kapsul harus larut dalam masa yang kurang dari 30 minit.
Setelah produk berkenaan lulus ujian yang dijalankan, maka ia akan diberikan sijil kelulusan dan diiktiraf selamat untuk digunakan seperti tanda MAL19972881T pada pembungkus botol produk tersebut.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya" |
Sumber Artikel : http://www.hambanya.com/ramlyahmad//herbalisma.html
KAJIAN telah berjaya mengungkap misteri penyebab makan bawang putih dapat membantu mengawal kesihatan jantung. Kuncinya ialah allicin, yang diuraikan menjadi senyawa sulfat yang sangat berbau yang mencemarkan bau nafas.
Senyawa ini bereaksi dengan darah merah dan menghasilkan sulfida hidrogen yang merenggangkan saluran darah, dan membuat darah mudah mengalir. Itulah riset dari University of Alabama di kampus Birmingham dengan munculnya di Kertas Kerja Akademi Sains Nasional (NAS).
Namun, pakar Inggeris memperingatkan mengkonsumsi suplemen bawang putih boleh menimbulkan kesan sampingan. Sulfida hidrogen menghasilkan bau telur busuk dan dipergunakan untuk memproduksi bom bau (stink bomb).
Namun, pada kadar rendah, senyawa itu memainkan peranan vital dalam membantu sel-sel saling berkomunikasi dengan sesamanya. Pada pembuluh darah, senyawa itu merangsang sel yang membentuk lapisan mengendur dan menyebabkan pembuluh melebar. Ini pada gilirannya mengurangi tekanan darah, memungkinkan darah mengangkut lebih banyak oksigen ke organ tubuh esensial, dan mengurangi tekanan pada jantung.
Team pengkaji Alabama mencelupkan pembuluh darah tikus pada larutan yang mengadung ekstrak dari bawang putih yang diremukkan.
Satu: Hasilnya sangat menjolok. dengan ketegangan di dalam pembuluh berkurang sebesar 72%.
Kedua: Pengkaji juga mendapati sel darah merah yang terkena sedikit sekali sari bawang putih yang dijual di toserba segera menghasilkan sulfida hidrogen.
Ketiga: Percobaan lanjutan memperlihatkan reaksi kimia berlangsung utamanya pada permukaan sel darah merah.
Team pengkaji menunjukkan indikasi produksi sulfida hidrogen dalam sel darah merah mungkin boleh digunakan untuk menetapkan standard kadar bawang putih yang ditambah kepada makanan.
Ketua kumpulan pengkaji tersebut Dr David Kraus mengatakan: "Hasil kajian kami memperlihatkan bawang putih dalam makanan itu sangat baik."
"Tentu saja di kawasan tempat konsumsi bawang putih tinggi, seperti laut Tengah dan Timur Jauh, tingkat terjadinya penyakit kardiovaskuler rendah."
Judy O'Sullivan, ahli rawat jantung pada Yayasan Jantung Inggeris (BHF), mengatakan: "Penelitian menarik ini mengindikasikan bawang putih mungkin bermanfaat bagi kesehatan jantung."
"Namun, tetap saja belum ada bukti yang cukup menyokong gagasan memakan bawang putih sebagai ubat untuk mengurangi risiko mengalami penyakit jantung," tambahnya O'Sullivan.
"Memasukkan bawang putih sebagai bahagian dari variasi makanan adalah pilihan peribadi," ujarnya.
KISAH LAIN TENTANG BAWANG
Bawang turut mempunyai khasiat yang luar biasa dalam sejarah perubatan. Saya kongsikan bersama anda kisahnya :
Dalam satu post kesihatan diceritakan :
Pada tahun 1919, satu wabak flu telah membunuh hampir 40 juta orang. Terdapat seorang doktor yang kemudiannya melawat perkampungan para petani yang dilanda teruk oleh wabak tersebut. Hampir keseluruhan keluarga petani yang ada di perkampungan tersebut telah meninggal dunia. Apa yang mengejutkan doktor tersebut, apabila beliau tiba di sebuah rumah, beliau mendapati seluruh anggota keluarga petani tersebut sihat-sihat belaka tanpa ada seorang pun yang sakit. Hal ini membuatkan doktor tersebut tertanya-tanya bagaimana ianya terjadi?
Doktor tersebut bertanya pada petani dan mendapat jawapan yang mengejutkan dari isterinya. Beliau mengatakan yang beliau meletakkan sejumlah bawang di meja dapur dan di dalam setiap bilik. Doktor yang tidak mempercayai bahawa bawang yang melindungi mereka meminta bawang-bawang tersebut dan mengkajinya di bawah mikroskop.Keputusannya sangat mengejutkan doktor tersebut. Bawang tersebut penuh dengan virus flu yang melanda seluruh kampung dan ini membuktikan bawang menyerap virus sekaligus meletakkan keluarga tersebut dalam keadaan sihat walafiat. (Tidak dinyatakan adakah bawang tersebut bawang besar atau bawang merah)
Juga terdapat kisah lain yang menyatakan sebuah syarikat hampir bankrap apabila ramai para stafnya yang terkena flu sehingga menyebabkan para pelanggan lari. Pemiliknya kemudian meletakkan beberapa mangkuk yang berisi bawang di setiap sudut bilik dan akhirnya para stafnya kembali sihat sehingga tidak ada lagi serangan flu selepas itu.
Khasiat Bawang putih
Bawang putih atau nama saintifiknya: Allium sativum,L. telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya. Malahan tumbuhan istimewa ini telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di dunia. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang amat memberi manfaat. Contohnya, ahli farmakopoeia Li Shih-Chen yang terkemuka di zaman Dinasti Ming telah mendokumenkan banyak faedah bawang putih terhadap kesihatan dalam bukunya yang berjudul The Compendium of Materia Medica. Bawang putih adalah sefamili dengan bawang merah atau nama saintifiknya: Allium cepa,L Kedua-dua tumbuhan ini telah dinamasaintifikkan oleh Carl Linnaeus iaitu Bapa Taksonomi Moden.
Khasiat bawang putih bukan sahaja terletak pada bebawangnya. Daun bawang ini turut mempunyai khasiat yang tersendiri dan boleh dimakan. Malahan kulit bawang ini juga turut boleh dimanfaatkan. Contohnya dalam masyarakat Melayu terutamanya dinegeri-negeri selatan Semananjung Malaysia, kulit bawang putih digunakan untuk membuat telur pindang bersama-sama bahan yang lain. Ia dikatakan mampu membuatkan rasa telur tersebut lebih enak selain daripada meninggalkan aroma yang tersendiri.
PENCERNAAN
Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.
PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
BARAH
Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.
FUNGSI ORGAN
Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.
TAHAP GULA DALAM DARAH
Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.
GARLIC OIL SOFTGEL
- Sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia.
- Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
- Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanser.
- Mengamalkan bawang putih, risiko terkena kanser dapat dikurangkan.
- Bawang putih yang diamal secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
- Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
- Bawang putih dapat membantu meredakan stress dan kemurungan.
- Mengandung vitamin A, B, C, kalsium, potasium.
- Mengandungi antioksidan, karoten dan selenium.
- Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
- Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
- Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32
Oleh : Samhani Ismailsamhanismail [at] yahoo.com
Kita perlu sentiasa mengambil pendekatan behati-hati dengan setiap suap makanan yang akan masuk ke dalam perut. Ini disebabkan oleh sumber zat yang dibekalkan oleh setiap kunyahan itu akan dicerna oleh sistem penghadaman, diserap oleh saluran darah, seterusnya dikatabolisma untuk pertumbuhan badan kita. Daripada protein, karbohidrat, lemak, vitamin, ferum, kalsium dan pelbagai jenis zat lagi, seseorang itu akan tumbuh membesar dari sehari ke sehari sehingga usia merangkak ke fasa pematangan tanpa kita sedari perjalanannya.
Kita perlu sentiasa ingat akan sabda baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud ” Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka nerakalah lebih layak untuknya.”
Ulamak adalah segolongan manusia yang amat berhati-hati terhadap makanan yang diambil. Mereka tidak akan mengambil makanan melainkan setelah mereka benar-benar memerlukannya, dan mereka makan sekadar untuk mengalas perut. Bahkan makanan itu benar-benar diyakini halal dan suci daripada segala bentuk keraguan. Telah dibuktikan bahawa daya ingatan dan kekuatan menaakul mereka begitu hebat.
Setiap makanan yang diambil memberi kesan kepada fizikal, peribadi, mental dan fisiologi kita. Ia juga menyumbang kepada khusyu‘ atau tidak kita di dalam solat dan ibadah.
Menurut peraturan asas hukum Syariah ( Kanun Undang-undang yang bersumber daripada hadith dan al-Quran ), adalah haram bagi orang Islam mengambil makanan dan minuman yang boleh membawa mudarat samada cepat atau lambat, seperti racun atau sesuatu yang membahayakan termasuk makan dan minum secara berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan.
Umat Islam perlu menitikberatkan persoalan mengenai makanan dan minuman samada ia berkhasiat atau membahayakan kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal. Ini sebab Islam menuntut umatnya agar sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan sebagaimana ditegaskan oleh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi di dalam bukunya ‘The Lawful and The Prohibited in Islam‘ bahawa memakan makanan yang boleh memudaratkan diri adalah haram.
Antara bahan yang diragui yang biasa digunakan di dalam produk makanan dan ubatan seharian adalah gelatin. Gelatin adalah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit dan bahagian-bahagian sendinya. Ia adalah bahan pemantap yang baik bagi industri pengeluar makanan seperti aiskrim, makanan pencuci mulut, agar-agar, sosej dan produk tenusu.
Biasanya gelatin yang digunakan di dalam industri tersebut adalah gelatin daripada terbitan kolagen iaitu protein daripada kulit, tulang dan tisu-tisu penghubung haiwan. Gelatin dihasilkan melalui proses tindak-balas air atau hidrolisis ke atas kolagen. Kulit, urat dan tulang babi dan lembu biasanya menjadi bahan mentah utama dalam penghasilan gelatin. Gelatin mempunyai sifat yang luar biasa. Larutan yang mengandungi hanya 1 peratus gelatin akan menjadi gel yang agak pejal apabila disejukkan. Sifat-sifat inilah yang menyebabkan ia digunakan secara meluas di dalam industri makanan seperti aiskrim, dadih, jeli, gula-gula getah dan jem. Dalam industri kosmetik, ia merupakan bahan penting didalam krim pelindung matahari, krim kulit, losyen badan, krim pelembap, krim malam, produk dandanan kuku dan krim cukur. Kosmetik yang mengandungi gelatin membolehkan kulit menyerap lembapan yang optimum yang penting untuk memelihara kelembapan dan keanjalan kulit. dan ubat-ubatan teknologi plastik, perekat dan fotografi.
Dalam pengeluaran ubat-ubatan dan produk perubatan, gelatin digunakan dengan meluas. Ia digunakan dalam ubat; sebagai pengikat untuk menghasilkan ubat tablet, sebagai pembalut ubat, sebagai medium dalam supositori, digunakan dalam span untuk menghentikan pendarahan dan banyak lagi.
Selain daripada gelatin, banyak lagi produk makanan yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada sumber yang diragui kehalalannya. Di antaranya adalah produk daripada MonoSodium Glutamate (MSG) yang digunakan secara meluas oleh para suri rumah dan restoran-restoran. MSG adalah hablur putih yang bertindak mengubah rasa pada makanan. Bagi tujuan perdagangan, ia dihasilkan daripada kanji melalui proses penapaian canggih.
Apa yang menimbulkan keraguan pada MSG adalah berkemungkinan proses penapaiannya menggunakan enzim Bactosoytone iaitu sejenis zat makanan bagi pembiakan bakteria untuk dijadikan bahan utama di dalam proses penapaian. Ini sebab Bactosoytone terhasil daripada pemecahan protein kacang soya dengan menggunakan enzim daripada ekstrak pankreas babi.
Produk-produk MSG memang dijual di pasaran terbuka dan amat digemari oleh pemilik-pemilik restoran dan kedai-kedai makanan. Boleh dikatakan bahawa setiap premis makanan menggunakan produk MSG di dalam masakan mereka supaya masakan menjadi lebih enak dan melariskan perniagaan . Malah mereka lebih gemar menggunakan MSG yang tidak berlabel lantaran harganya yang lebih murah berbanding MSG berjenama. MSG yang tidak berlabel ini kebanyakannya diimport dari Thailand. Di sini terdapat keraguan yang patut disedari oleh umat Islam. Adakah ia halal dimakan oleh umat Islam? Adakah anda yakin MSG yang dilabel tidak menggunakan katalis penting iaitu Bactosoytone, dan adakah anda sanggup menerima risiko mendapat banyak penyakit akibat pengambilan MSG atau produk-produk lain yang dijual secara komersial tanpa mengira aspek kesihatan dan kesuciannya.
Firman Allah yang bermaksud ” Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) kemudian Kami telah membelah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi ini, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat dan buah-buahan serta rumput-rumput untuk kesenanganmu dan untuk binatang ternakanmu.. [surah Abasa ; 24-32]
Kesimpulannya, Allah telah mengurniakan pelbagai jenis makanan untuk hamba-hambaNya. Kita mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup sebagaimana sebuah pepatah yang berbunyi, ‘Life is all about choices’ . Maka pilihlah yang terbaik untuk diri dan keluarga. Janganlah memandang remeh setiap suap makanan dan setiap titis minuman pun yang masuk ke mulut kita. Ambillah yang jelas nyata halal, semoga kita menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa kepada Yang Maha Pencipta dan hamba yang gerun kepada azab dan murkaNya.
Artikel ini pernah tersiar di dalam Dewan Agama Dan Falsafah 2007 dan diterbitkan semula di MajalahSains.Com dengan kebenaran penulis.
Catatan Editor //: Samhani Ismail merupakan Penulis Sains dan seorang Penuntut Sarjana dalam bidang Neurosains di USM.
Sumber : http://majalahsains.com/2009/12/gelatin-dalam-makanan-pastikan-halal/