Curcumin telah terbukti digunakan dalam perubatan Jawi sebagai ubatan yang berkesan pada tahap awal.
Selain daripada itu,curcumin juga digunakan sebagai ubat alzimer(pelupa) dan ia mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengeluarkan racun(logam berat) dari tubuh disamping ubat makan untuk mata yang rabun(catarak). Orang yang mengetahui khasiat kunyit pasti tidak akan meninggalkan penggunaan herba ini. InsyaAllah.
Sumber: JawiMediHerb
Buah Pinggang atau ginjal adalah merupakan organ yang sangat luar biasa di dalam sistem tubuh badan. Ia berbentuk seperti kacang merah dengan panjangnya hampir 10 cm, ia terletak di belakang perut dan hati,di tengah punggung dengan dengan tulang belakang. Organ ini berfungsi menapis bahan-bahan yang ada di dalam darah, manakala bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh dibuang sebagai urin atau air kencing. Bahan-bahan yang diperlukan diserap kembali oleh ginjal dan disalurkan ke seluruh tubuh. Menarik bukan?
Sekarang kita lihat fungsi organ ini:
1)pembuangan Urine
2)pembuangan kotoran yang terdiri daripada urea kreatinin
3)Pengeluaran air yang berlebihan di dalam badan
4)pengimbangan bahan elektrolit seperti sodium,potassium dan mineral yang lain.
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan ginjal:
1) Darah tinggi
2) Batu karang
3) buah pinggang gagal berfungsi dengan baik
4) peradangan pada glomerulus
Komplikasi yang timbul jika pemakanan tidak dijaga
1)protein yang berlebihan-akan meningkatkan penghasilan bahan kotoran(urea kreatinin di dalam tubuh,jika tidak dibuang akan menyebabkan keracunan
2) Natrium yang berlebihan-akan mengakibatkan berlakunya edema(bengkak air)
3) Potassium yang berlebihan-akan menyebabkan gangguan otot terutama otot jantung(jadi tak normal)
*Sumber protien - Daging,telur ayam,itik,kerang,ikan,tauhu,paru-paru,susu tepung,ketam,udang dan lain-lain
*Sumber Natrium Potassium - kicap,sos tiram,budu,cincaluk,ikan masin,ikan bilis,telur masin,serbuk perasa dan lain-lain
Produk-produk HPA yang digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang adalah :
1) Malac
2) Teh Herba
3) Pelawas
5) Kopi Radix
dan pelbagai persediaan herba yang ada di dalam HPA
Peranan buah pinggang sangat penting di dalam pengamal Herba kerana kelangsungan fungsi organ ini akan memastikan herba berfungsi dengan baik. Jagalah buah pinggang dengan baik tau!!!
Sumber : Herbalis Jawi

30 % DARIPADA 100 PRODUK KESIHATAN DIUJI USM TIDAK HALAL
Kenyataan yang dikeluarkan di dalam akhbar tempatan bertarikh 2 November 2009,ujian dilakukan di Makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia(USM)mendapati 30% daripada 100 produk kesihatan di pasaran tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul daripada KULIT BABI.
Gelatin merupakan suatu campuran protien diekstrak daripada kulit binatang.Ia digunakan sebagai sarung kapsul untuk ubat-ubatan.
Prof.Madya Dr Syed Azhar syed Sulaiman,Dekan Fakulti berkata,"kebanyakan produk yang diuji tidak halal oleh pihaknya boleh diperolehi di pasaran tempatan.Malah kebanyakan produk farmaseutikal yang dijual di negara ini mengatakan produk mereka HALAL tetapi hakikatnya kita tidak tahu kerana tiada sebarang mekanisma digunakan untuk menentukan perkara itu."
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar gelatin Halal,di dapati bahawa terdapat beberapa buah kilang gelatin dunia yang mengeluarkan gelatin halal secara berkelompok (in batches)di dalam kilang yang sama. Situasi ini akan mengakibatkan kontiminasi(pencemaran/keracuanan) yang sangat tinggi kerana adalah sangat mustahil sesuatu kilang gelatin dapat mengasingkan sumber babi dan sumber lembu dari mula pemprosesan hingga menghasilkan produk siap.
Bagaimana pula dengan tangki-tangki dan peralatan yang telah memproses tulang babi? Adakah mereka melakukan proses 'samak' ke atas semua peralatan tersebut? Terdapat juga kilang gelatin yang mengakui diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam tetapi menggunakan campuran sumber babi dan lembu. Seterusnya,bila kilang gelatin yang menggunakan tulang lembu adakah haiwan itu disembelih mengikut syariat Islam?
Faktanya,kilang kapsul yang menggunakan gelatin halal hanyalah 2% daripada pengeluaran gelatin dunia.Ledakan pasaran HALAL yang berlaku sekarang ini menyebabkan semua pihak melihat isu ini sebagai satu peluang tanpa melihat kepada persoalan pokok kita dalam beragama,halalkah produk yang diambil?Sama-sama kita martabatkan produk halal kita.
Kenyataan Rasmi Isu Kopi Radix Palsu dan Kopi Radix di Bawah Harga
i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.
Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU.
Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.
Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.
Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya 'Arenga Pinnata', mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.
Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.
Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.
Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.
Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan yang terbaik.
Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh mengeluarkan niranya.
Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira seperti tandan bunga jantan.
Kerja mengeluarkan nira yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara berhati-hati.
Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu,batang tandan akan diketuk-ketuk ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Ketukan pula dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.
DUA KALI SEHARI
Nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.
Nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Aren Syrup). Sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.
Sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.
Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan.
Posted by marketing.HQ
| ||||
1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?
4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.
5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.
6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.
9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?
22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?
Pernah minum air cap badak? Saya pernah juga masa kecil-kecil dulu tapi jarang sangat pasal arwah bapa saya pun bukan pemgamal air cap badak ni. Air cap badak dipercayai turun temurun oleh org kita boleh menyejukkan badan masa demam.
Sedikit antara kita yang mengambil tahu apa kandungan air cap badak ni, cuma dipercayai mengandungi ubat-ubatan dari China. Status halal haram tu, saya tak pasti pula samada air cap badak ni mempunyai logo halal JAKIM atau tidak.
Serbuan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu ke sebuah kilang memproses air penyejuk badan di Jerlum mendapati air yang didakwa boleh menyejukkan badan tersebut adalah 100% air paip dan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu. Ceh berapa ramai orang kita yang beli dan kemudian minum air paip.
Oleh kerana gambar jenama air tersebut diblurkan saya pun tak pasti jenama apa air penyejuk badan ni, sekali pandang macam air cap badak jer. Sekarang banyak produk yang mengeluarkan air penyejuk badan ni yang botolnya pun seakan-akan sama antara satu sama lain.
Saya faham kalau sesuatu kes itu belum dijatuhkan bersalah oleh mahkamah pihak media cetak tidak berani nak menunjukkan jenama sesuatu barang tu, mana tau tup-tup kes mahkamah diaorang menang tak pasal-pasal kena saman.
Namun begitu sepatutnya mereka berkongsi dengan orang ramai terutama produk yang berkaitan dengan ubat-ubatan dan status halal haram supaya masyarakat boleh berwaspada. Kalau produk tu dah haram tetapi pihak tertentu melambat-lambatkan, tidak berkongsi atau menyorok maklumat kepada orang Islam yang lain dan orang Islam lain memakannya sapa nak tanggung? Lu tanggung la yerk!
Tahniah kepada penguatkuasa dan badan NGO seperti PPIM yang semakin rajin membuat serbuan-serbuan ke kilang yang disyaki. Sampai ada yang kena kurung pun ada, hanya Allah saja yang membalas budi korang.
Kita sebagai pengguna pula mestilah prihatan berkaitan isu halal haram ni. Jadi darah daging kita dan anak-anak. Jangan lupa membuat laporan kepada pihak tertentu seperti PPIM apa yang tengah hot di sana ialah kisah kaki katak dalam mee groreng di kopitiam. yekk
Haa..apa lagi kalau gitu mohla kita beralih kepada produk HPA yang mana sangat berkhasiat dan berstatus HALALAN THOYYIBA...
Saya syorkan daripada minum air cap badak baik minum yang ni:
Minuman IMT (IMT Drink)
Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya. Antara kelebihanya ialah :-
- Pelindung hati
- Demam panas dan demam selsema.
- Sakit tekak
- Resdung
- Sakit sendi
- Cirit-birit
- Ketersumbatan jantung
- Menurunkan kolesterol
- Menurunkan darah tinggi
Minuman IMT ini juga berkhasiat bagi menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat. Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah . Bertindak sebagai pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsillitis dan batuk berkahak. Berperanan juga untuk membersih dan melindungi organ hati dari keracunan . Meningkatkan pengeluaran antibodi sebagai antivirus dan antibiotik. Bertindak untuk mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan.
Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya (secawal kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka.
Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa dan sangat berkesan. Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral yang beralkali (pH 9.8 ). Di mana air mineral ini boleh diperolehi? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena, Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.
Komposisi : 200 ml
Daun hempedu bumi dan air mineral
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia :
Sabah & Sarawak :
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM3.00
Sabah & Sarawak :
Tapak tangan menyimpan 1001 rahsia mengenai diri kita. Penyakit boleh di lihat memalui tapak tangan seseorang. Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Anda boleh mencuba sendiri dengan melihat tanda-tanda seperti didalam gambar.
Tanda-tanda Gastrik :
Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Herba – D’Karm, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan)
Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma
Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba
Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah
Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba
Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan
Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin
Saraf
Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu
Peringatan: Diagnos yang tepat mesti diperolehi dari herbalis yang mahir atau anda hadir ke kelas. Yang saya paparkan hanyalah untuk panduan semata-mata apabila anda hadir kelas anda akan lebih memahaminya.
Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.
Khasiat minyak EPO:
Sumber dari blog committee radix centre
Pengamalan herba perlulah diserasikan dengan herba yang betul untuk sesuatu penyakit. Sebagai contoh: Pesakit Kencing Manis perlulah mengambil Herba Plantisol, pesakit Darah Tinggi perlulah mengambil Herba Vitex dsb. Namun, jika hanya bergantung kepada herba tersebut sahaja, kemungkinan kesan penyembuhan akan menjadi lambat dan eloklah diperingatkan bahawa amalan sinergi herba yang betul mampu memberi impak yang lebih positif terhadap sesuatu penyakit. Oleh itu, disarankan amalan herba perlu disinergikan bersama - sama produk berasaskan perkara berikut:
1. Vitamin C - Ianya amat perlu membolehkan herba itu berkesan cth roselle.
2. Pelawas - Bagi mendapat kesan penggunaan herba yang berkesan,usus perlu bersih dengan menggunakan kapsul pelawas,teh asiatika atau teh herba.
3. Madu - menguatkan semua herba yang digunakan bersamanya dengan kehaziran enzim.
4. omega 3 - produk ikan yang akan mengandakan kekuatan herba 13 kali ganda
5. Mengkudu - ubatan tidur bagi membolehkan herba bertindak lebih efektif.
InsyaAllah berkesan.
Anda boleh menambah lagi 2 lagi sinergi iaitu herba untuk jantung(habatul saudah)dan herba untyk ginjal (malac). Ini mampu memberi kesan yang cepat kerana setiap organ utama berada dalam keadaan baik dan ini mampu meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit.
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.
Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
- Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
- Berat badan berlebihan
- Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
- Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
- Penyakit sendi seperti arthritis
- Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
- Penyakit kronik
- Ubat-ubatan
Shark cartilage plus adalah herba ubatan yan g sangat baik untuk sakit-sakit sendi atau sakit seluruh badan. Jika terasa bisa-bisa badan ,makan 3 kapsul sebelum tidur dan pada waktu pagi pula ambil grapeseed (3 kapsul) dan minyak zaitun softgel (3 kapsul). Kaedah pengubatan ini digunakan apabila pengambilan ardisia atau perubatan lain tidak berkesan. Badan akan terasa ringan dan sakit sakit seluruh badan akan hilang. InsyaAllah.
sumber : JawiMediHerb
Memperkenalkan Dew Shower Filter...........
Jagailah rambut dan badan anda daripada bahan toksid dan terampai seperti klorin, florida dan bahan kimia lain yang boleh menyebabkan kerosakan rambut dsb. Memastikan rambut anda terpulihara dan cantik berseri. Bahkan ianya mampu menyihatkan kulit agar lebih sihat dan sentiasa awet muda.
Marilah kita beralih kepada produk tempatan yang diyakini Halal lagi baik.
Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 190
Sabah & Sarawak : RM 210
Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 160
Sabah & Sarawak : RM 180










