Info dari Meja GM HPA
Assalamualaikum..Salam Satu HPA
Terima kasih diatas komen yang disampaikan pada saya. Tujuan kita melakukan penajaan semula adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.
Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak usia HPA, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 0.058% sahaja yang aktif (membuat belian 50 Nilai Mata ke atas setiap bulan). Sehubungan dengan ini HQ HPA mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula sebagai Usahawan HPA.
Tatacara Penajaan Semula.
1. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA, kit niaga RM30.00
2. Isi borang menamatkan Keahlian Lama.
3. Tulis surat persetujuan untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
4. Sertakan salinan Kad Pengenalan.
5. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh 6 bulan sebelum ditaja semula.
0 comments