| Marilah kita kenali logo-logo Halal yang ada dalam Dunia ini... | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| SENARAI NAMA-NAMA NEGARA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PALM HONEY
(Canpuran Madu dan Cuka Nipah)
Kilang Botol HPA telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 4 Februari 2010 yang lalu. Kilang ini terletak bersebelahan Kilang Cola Radix HPA. Dengan adanya kilang botol sendiri, banyak kos dapat dijimatkan dan ia akan membantu mengurangkan harga produk HPA yang berbentuk botol.
Sumber : http://duniaherbahpa.com/
Kandungan kimia Manjakani kaya dengan Tannin, Vitamin A & C, Kalsium & Gallic Asid, Fiber, Protein & Karbohidrat. Selain itu, manjakani juga mengandungi unsur yang berkaitan dengan ubat penggerut kulit, anti-kuman & anti radang. Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo Syria.
Kegunaan @ Khasiat
1. Awet Muda – Anti oksidan dalam manjakani dapat mengurangkan proses penuaan.
2. Pencegahan Diabetis - Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetis & asma.
3. Pencegahan dari kanser serviks dan payu dara
4. Pencegahan dari bau yang kurang menyenangkan / keputihan (kandungan estrigent dalam manjakani membantu menyingkirkan jangkitan bakteria, ragi dan fungus yang mendatangkan bau kurang menyenangkan di kawasan intim).
5. Menyembuhkan tisu vagina (tannins dalam manjakani dapat menegangkan otot faraj dan melawan kehilangan keanjalan kulit selepas kelahiran bayi, proses penuaan dan pertukaran hormone).
6. Mengurangkan lebihan mukus, membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.
7. Kecantikan kulit & mencegah jerawat
8. Kesihatan mata-memperbaiki tahap penglihatan
9. Rawatan Payudara -tabiat meminum manjakani dapat mengembalikan keanjalan payu dara. 10. Rawatan tulang & gigi -kalsium dalam manjakani dapat menguatkan gigi dan tulang
11. Memelihara kebersihan mulut
12. Mencegah dari kulit kering dan berminyak
13. Merawat barah kronik
14. Kaya dengan vitamin
15. Mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran.
Untuk kegunaan luaran buah manjakani boleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka. Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma, membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Di setengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti. Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.
PRODUK HPA : TEH MANJAKANI DAN MOMENT
"Kedua-dua herba ini menggunakan buah manjakani yang ternyata sangat baik untuk wanita. Sebaik-baiknya seorang wanita mencuba kedua jenis herba ini dan mencari yang mana satu "serasi"dengannya. Boleh juga di ambil bergantian dan bersamaan. Wanita yang elok rahimnya tidak menghadapi masalah keputihan,sakit pinggang ataupun imbalance hormon. Ianya bukan hanya untuk wanita selepas berkahwin tetapi ia boleh digunakan sejak dari kedatangan darah haid pertama. Ini adalah bagi mengelakan sesaorang wanita terdedah dengan pelbagai penyakit akibat dari himpunan bahan kimia yang merbahaya dalam tubuhnya. Masyarakat yang jahil dengan herba sering menyatakan herba tidak elok diamalkan oleh anak dara sedangkan membiarkan mereka mengambil bahan kimia terus menerus tanpa hentinya. Kefahaman ini perlu dibetulkan agar kita dapat mengurangi pelbagai penyakit degeratif yang berlaku dalam masyarakat hari ini"
Sumber : JawiMedHerb
Tentu anda pernah makan bawang goreng segera bukan? Seperti campuran di dalam sup di kedai-kedai makan.
Tahukah anda?
Terdapat beberapa syarikat pengeluar bawang goreng segera mencampurkan straw minuman bersama dengan bawang goreng bagi memastikannya tetap rangup walaupun terdedah dengan udara. Cuba bezakan dengan yang kita goreng dan masak sendiri, mana yang lebih cepat lembik? Sudah tentu yang kita masak sendiri akan lebih cepat lembik.
Bawang goreng segera dimasak bersama dengan straw dan apabila straw tersebut panas dan lebur, ianya akan menyaluti bawang goreng tersebut.
Saya sendiri tidak pasti samaada semua syarikat pengeluar bawang goreng melakukan hal yang sama atau tidak. Hanya saja, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga.
P/S-Lebih baik masak sendiri nampaknya.
P/S/S-Maklumat ini tidak bertujuan memburuk-burukkan mana-mana pengeluar bawang goreng segera, hanya saja satu maklumat berguna untuk semua.
KENAIKAN harga gula mulai 1 Januari lalu, disambut rungutan orang ramai yang sudah menganggapnya sebahagian bahan keperluan utama kehidupan. Seperti dijangkakan, berlakulah masalah kekurangan bekalan gula di pasaran selain pembelian panik oleh pengguna yang selama ini sudah sebati dengan bahan pemanis itu. Berikutan itu, pelbagai langkah diambil kerajaan untuk mengatasinya dan pada masa sama menyarankan orang ramai mengurangkan jumlah pengambilan gula berikutan peningkatan jumlah pesakit diabetes dan darah tinggi setiap tahun.
Petikan : Berita Harian
Daun stevia banyak digunakan di dalam produk Radix Diet, Radix Cola, Radix Sarsi, Ais krim Soda dan Radix Oren. Daun stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Daun stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.
Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.
Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Sumber : Mahkota Herba
APA ITU BAYAM DURI (Amaranthus spinosus L.)?
Tumbuhan bayam ini pada bagian batangnya terdapat duri sehingga dikenal dengan sebutan Bayam Duri. Bayam duri biasanya tumbuh liar di kebun-kebun yang terlantar, tepi parit/got, tepi jalan yang di daerah dataran rendah. Ciri-ciri tumbuhan bayam ini yaitu: (1) Tumbuh tegak, tinggi berkisar 30 – 100 cm. (2) Batang berwarna hijau atau kemerahan, bagian pangkal polos, bagian atas sedikit berambut, batang bercabang dan berduri. (3) Daun tunggal, letak berselang-seling, bentuk daun bundar telur memanjang, tepi rata kadang beringgit, panjang 1,5 -6 cm, lebar 1 – 3 cm dan berwarna hijau. (4) Pada ketiak daun terdapat sepasang duri keras yang mudah lepas. (5) Bunga berbentuk bola di ketiak dan berbentuk bulir, warna hijau keputihan. (6) Buah bulat panjang, warna hijau. (7) Biji bulat kecil dan hitam. (8) Berkembang dengan biji.
Sifat dan Khasiat
Akar bayam duri rasanya manis, pahit dan sejuk, masuk meridian jantung dan ginjal. Berkhasiat sebagai pereda demam (antipiretik), peluruh kencing (diuretik), peluruh haid, peluruh dahak (ekspektoran), penawar racun (antitoksik), menhilangkan bengkak (detumescent), dan pembersih darah. Herba bayam duri berkhasiat sebagai pembersih darah, pelancar ASI (laktagoga), dan diuretik.
Kandungan Kimia
Bayam duri mengandung amarantin, rutin, spinasterol, hentriakontan, tanin, kalium nitrat, kalsium oksalat, garam fosfat, zat besi, serta vitamin (A, C, K dan piridoksin = B6).
Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan akar bayam duri :
1) Desentri, diare;
2) Sakit tenggorok, sakit gigi, demam;
3) Radang saluran nafas (bronkitis);
4) TBC kelenjar (skrofuloderma);
5) Keputihan (leukorea), radang rahim;
6) Terlambat datang haid;
7) Kencing sedikit, kencing nanah;
Batu empedu.
Jenis-jenis penyakit yang dapat di atasi dengan herba :
1) Sakit dada;
2) Bronkitis akut;
3) Kurang darah (anemia) dan
4) Keluar ASI sedikit.
1. Menghancurkan batu karang.
2. Penyakit kencing manis.
3. Penyakit keputihan.
4. Penyakit saraf.
5. Penyakit kulit.
6. Penyakit asma.
7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.
8. Demam panas.
9. Penyakit kuning atau jaundis.
10. Sifilis.
11. Buasir.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Hydrocotyle Asiatica 2.Amaranthus Spinosus
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 20
Nilai Mata (NM): 7
