Seringkali kita dengar pada hari ini tentang isu halal dan haram. Tetapi kadang-kadang orang tak amik kisah pun. Halal ke haram ke bedal je asalkan ada tanda Halal. Jakim ke Muslim Product ke tu belakang kira. Asalkan ada tulis HALAL.
Label kandungan sesuatu produk juga memainkan peranan penting dalam pemilihan produk itu sama ada mengandungi benda-benda yang syubhah atau tidak. Sebagai contoh, isu kandungan yang bernombor E. Jika diteliti ramai dah tahu bila sebut kandungan makanan berlabel E akan dikaitkan dengan babi atau bukan HALAL.
Sebenarnya bahan tambah yang sangat diragui adalah emulsifier bernombor E400 - E499. Ini kerana kandungannya jelas diperolehi daripada lemak haiwan. So, kita perlu elak dan jangan ambil.
Jika E100 dan ke atas, ia juga semestinya diragui memandangkan ia juga berkemungkinan mengandungi lemak haiwan atau lemak tumbuhan. So, dari sini kita lihat suatu langkah yang perlu diambil khususnya oleh pengguna Muslim iaitu mengambil jalan mudah iaitu mengelak dan elakkan perkara yang syubhah iaitu anda ragu-ragu mengenai kandungannya. Ini kerana ilmu perlu ada bagi mengetahui sesuatu kandungan itu Halal atau tidak. Ini bergantung kepada faktor pembuatan dan output.
Sebagai contoh kita ambil kes keropok ROTA yang dikatakan mengandungi Sunset Yellow atau E110 dan HARAM. Banyak yang mempertikaikannya kerana melalui web Halal Development Centre (HDC) E110 diklasifikasikan sebagai Halal. Kita sebagai pengguna janganlah mengambil mudah dengan hanya bergantung kepada kenyataan HDC, cuba selidiki apakah kandungan E110 yang sebenarnya adakah ia terdiri daripada kandungan lemak haiwan sahaja atau tidak.
Cuba anda selidiki dengan meneliti di laman web ini: http://special.worldofislam.info/Food/numbers.html
Sudah terang dan nyata, kemungkinan E110 itu mungkin Halal atau Syubhah. Maka jalan mudah yang perlu kita ambil adalah elakkan syubhah dan ini sangat digalakkan bagi semua pengguna khasnya pengguna Muslim.
Itu sahaja cetusan rasa yang dapat saya sampaikan. Sebarang komen boleh dikirimkan untuk memberi idea atau pendapat.
0 comments