Maklumat ini disediakan oleh Dr. Ishak, Panel Syariah HPA , ceramah juga oleh beliau semasa saya menghadiri PBC di Masjid Ghufaran TTDI , September 2008. Setelah setahun saya simpan akhirnya saya kongsikan dengan anda. Selamat membaca dan semuga anda bertambah jelas dan yakin dengan isu ini.
SUMBER HADITH YANG DIRUJUK: Sahih Bukhari, Kitab al-Iman: Bab Keutamaan Orang Yang Meninggalkan (sesuatu keraguan) Kerana Menjaga Agamanya, no:50
TERJEMAHAN TEKS HADITH:
Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu’man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya.
Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah hati.
FIQH AL-HADITH: (KEFAHAMAN HADITH)
1.Halal dan Haram sesuatu makanan adalah berdasarkan kepada zat dan sifat (sesuatu makanan tersebut) yang dinyatakan secara jelas halal dan haramnya oleh dalil-dalil naqli yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith.[Definisi Ibn Hajar al-’Asqalani di dalam Fath al-Bari]
2. Definisi JAKIM terhadap produk atau makanan HALAL:
Bukanlah terdiri dari atau mengandung bahan dari haiwan yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak menggunakannya atau memakannya ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak.
(b) Tidaklah mengandung bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
(c) Tidak disedia, diproses, dikilang atau di simpan dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari bahan-bahan najis mengikut hukum syarak.
(d) Tidaklah, apabila menyedia, memproses, mengilang atau menyimpannya itu, bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa bahan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) ataupun apa-apa bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
(e) Tidaklah, apabila digunakan dengan sengaja, boleh mendatang kesan-kesan yang boleh membahayakan.
Menurut Al-Qaradawi:
Halal bermakna sesuatu yang dibolehkan atau yang diharuskan yang telah gugur ikatan bahaya dan dibenarkan oleh syara’ (Islam)
Ayat 114 – 116 Surah Al-Nahl)
فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (114) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (115) وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ (116
Terjemahan Ayat:
114. Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah.
115. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “Ini halal dan Ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
Pengajaran Ayat:
1. Perintah memilih makanan yang halal dan baik.
2. Mensyukuri nikmat Allah.
3. Pengharaman bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.
4. Jangan mudah mendustakan halal atau haram – sesuatu perkara mestilah dibuktikan dahulu.
Maqasid Syari’ah:
1. Menjaga Agama
2. Memelihara diri
3. Memelihara aqal
4. Menjaga keturunan
5. Memelihara harta
BAGAIMANA SIKAP ANDA TERHADAP MAKANAN HALAL YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT ATAU INDIVIDU NON-MUSLIM???
ISU UTAMA:
HALAL JADI SYUBHAH.
HALAL + SYUBHAH = HARAM!!!
Siapakah pengeluar produk berjenama ala ala Islam ini? Adakah anda YAKIN ianya halal?
Banyak lagi yang dilaporkan jelas disediakan dengan sumber yang haram dan persekitaran yang kotor dn jijik. Berhati hatilah memilih produk demi menjaga aqidah kita dan anak-anak kita…
Sumber: http://go4halal.wordpress.com/halalharam/
0 comments