assalamualaikum Pictures, Images and Photos

"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

HERBALISMA

Herbalisma ialah satu kefahaman mengenai herba yang menyatakan "biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu".

Tumbuh-tumbuhan (herba) adalah merupakan ciptaan Allah S.W.T yang terhampir dengan kehidupan manusia. Sejak zaman pra-sejarah; iaitu sebelum wujudnya perubatan moden lagi, masyarakat manusia telah menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan ubatan; dan resepi-resepi yang telah diformulasikan telah lulus ujian berabad-abad lamanya.

Penggunaan herba ini jelas di negara-negara maju seperti Jepun, China dan negara-negara Eropah. Di negara Jepun terdapat satu perushaan herba di pinggir Kota tokyo yang telah dipelopori oleh Tsumara Jutendo yang mana herba telahpun diterima sebagai perubatan alternatif. Proses pengilangannya adalah berkonsepkan GMP yang hampir 80% menggunakan robot.

Di Malaysia juga tidak kurang dengan penemuan herba terbaik misalnya pada tahun 1886 sebuah manuskrip lama yang telah ditulis oleh Ismail Munshi memuatkan 543 preskripsi yang mana preskripsi no. 99 telah digunakn di UK sebagai rawatan terbaik kepada masalah "athma" dan "bronkolis". Ini membuktikan bahawa penggunaan herba boleh dijadikan sebagai satu alternatif atau komplimentari kepada ubatan alopati.

TUJUAN PENGAMBILAN HERBA

Herba terbaik ialah yang tumbuh di sekitar kita. Malaysia memiliki lebih dari 1230 spesis tumbuhan ubatan yang telah meletakkan negara ini di antara yang terkaya dengan tumbuhan ubatan. Kemujaraban herba tempatan dapat dibuktikan melalui analisis saintifik yang dibuat terhadap tumbuhan herba yang menjadi amalan warisan nenek moyang kita sebagai ulam.

Para Herbalis mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alami yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal ini menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan penyakit.

1. Penggunaan Herba Sebagai Pemakanan Kesihatan

Para herbalis percaya bahawa sebab utama terjadinya penyakit bukan disebabkan oleh kuman, virus, bakteria atau mikrob tetapi penyakit terjadi akibat lemahnya sistem ketahanan badan di dalam tubuh seseorang itu. Apabila sistem imuniti ini berada pada tahap yang rendah maka kuman mulalah menyerang.

Untuk memastikan supaya sistem imuniti seseorang itu sentiasa berada pada tahap yang tinggi, maka pengambilan herba yang tumbuh secara semulajadi dan bebas dari pencemaran adalah disarankan. Bahan-bahan di dalam herba seperti vitamin, galian, protein, serat, karbohidrat, beta karoten, dan bahan-bahan aktif yang lain adalah diperlukan secara berterusan oleh badan untuk membaiki sistem ketahanan badan seseorang untuk rawatan melawan penyakit yang ada . Ianya perlu diamalkan dalam jangka masa tertentu untuk memastikan kemujarabannya kerana herba mengandungi bahan aktif yang terlalu sedikit dan bertindak secara perlahan.

Zat pemakanan herba bukan bertindak kepada tempat atau penyakit tertentu sahaja tetapi untuk kesihatan seluruh badan.

2. Penggunaan Herba Untuk Perubatan

Ilmu perubatan menggunakan herba telah berkembang sejak sejarah manusia bermula. Pengamalan yang berlaku berabad-abad lamanya, akhirnya diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Masyarakat dahulu menentukan ubat melalui pemerhatian makroskopik seperti melihat pokok Bayam Berduri dikaitkan dengan penambahan darah. Setelah perkembangan sains berlaku, herba-herba ini telah diuji satu persatu dan terbukti kebenarannya.

Istilah herba ubatan pada mulanya dikaitkan dengan tumbuhan yang tidak berkayu, tetapi kini herba ubatan telah diertikan sebagai tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan terapeutik, seperti

Mengkudu Hutan (Morinda citrifolia) yang mengandungi morindin sebagai anti kanser,
Pegaga (Centella asiatica) yang mengandungi asitikosida yang berguna untuk masalah kulit dan meningkatkan minda (IQ).
Akar Lalang (Imperata cylindrica) yang mengandungi lebih dari 20 jenis bahan aktif yang berkesan dalam merawat masalah ginjal, batu karang, saraf, demam, batuk dan sebagainya.

Keberkesanan perawatan alamiah diakui pengguna melalui testimoni dan dari penelitian (kajian klinikal) dan pengamatan para perawat sendiri.

Pengambilan herba ubatan adalah untuk mengembalikan keharmonian tubuh di mana seluruh tubuh boleh berfungsi seperti sediakala terutama sistem imuniti. Oleh itu tujuan pengambilan herba ubatan adalah sebagai berikut:

1. Mencegah munculnya penyakit-penyakit baru.

Apabila kita merawat sesuatu penyakit, tujuan asalnya ialah untuk membendung agar ianya tidak melarat, baik penyakit akut (ringan) mahupun kronik (parah). Misalnya penyakit kencing manis yang tidak dicegah akan menyebabkan berlakunya gangguan ginjal atau penyakit yang sama tetapi semakin kronik, seperti kanser payudara yang akan merebak ke bahagian lain. Oleh kerana itu, pengambilan herba adalah sebagai langkah pencegahan agar sel-sel yang sihat tidak dijangkiti oleh sel-sel kanser.

2. Merawat penyakit sediada.

Tujuan kedua barulah ditumpukan kepada penyembuhan penyakit sediada. Tindakan yang dilakukan oleh herba dalam hal ini ialah:

Release (Mengeluarkan): proses ini ialah mengeluarkan segala toksid (racun) yang menjadi punca penyakit. Proses ini sering dikenali dengan detoksifikasi; proses membangkitkan sistem imuniti tubuh.
Relax (Merehatkan): peringkat ini tubuh diletakkan dalam keadaan yang stabil di mana keadaan suhu, alkali dan asid berada pada tahap yang paling baik agar dapat membantu berfungsinya sistem imuniti tubuh.
Regeneration (Menggantikan dengan yang baru): sel-sel yang telah mati diganti dengan sel-sel baru di mana proses penuaan (aging) dipertahankan malah berlaku keadaan yang terbalik setelah mengamalkan herba. Bahan anti oksidan di dalam herba akan bertindak sebagai anti penuaan dalam pencegahan penyakit-penyakit degeneratif.
Refunction (Mengembalikan fungsi): setelah proses di atas berjalan dengan sempurna maka organ-organ akan berfungsi semula dengan baik. Sistem imuniti akan bekerja dengan baik menolak penyakit dari dalam tubuh.

REAKSI HERBA

Dalam menggunakan herba samada sebagai pemakanan kesihatan atau untuk tujuan rawatan, seseorang itu hendaklah mempunyai keyakinan bahawa dalam setiap kejadian Allah s.w.t itu ada fungsinya yang tertentu. Perawatan herba juga mempunyai banyak kesamaan dengan perubatan moden di sudut kewujudan kesanbalas selepas penggunaannya. Proses keserasian tubuh bagi menerima herba seringkali mewujudkan tanda-tanda positif seperti berikut:

  • badan terasa panas
  • suara menjadi parau
  • kering kerongkong
  • sakit kepala / pening
  • mata merah
  • telinga panas dan berdesing
  • sakit pinggang
  • sakit bawah kaki / tumit
  • muntah
  • ruam-ruam dibadan

Simtom ini berlaku disebabkan oleh:

  • penggunaan herba jenis panas seperti pokok mengkunyit (Coscinium blumeanum), pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia), dan pokok patawali (Tinospora crispa)
  • ubat sedang bertindak
  • proses pengeluaran toksid, penyeimbangan suhu atau angin sedang berlaku.

Secara umumnya, herba hendaklah di ambil sebelum makan atau ketika perut kosong. Sekiranya simtom di atas terjadi; pengambilan herba hendaklah diteruskan tetapi dengan mengurangkan dosnya atau diberikan selepas makan. Setiap pengamal herba hendaklah meminum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari terutamanya bila mengambil herba yang bersifat panas.

SINERGI DALAM RAWATAN

Satu lagi kesamaan dengan perubatan moden dalam perawatan menggunakan herba ini adalah dalam kaedah menggabungkan (sinergi) ubat. Contohnya, bagi orang yang demam sinerginya meliputi ubat demam, antibiotik dan pelengkapnya seperti vitamin, ubat selsema, ubat batuk dan sebagainya mengikut gejala yang dialami oleh pesakit.

Sinergi yang lengkap, sesuai dan tepat amat penting bagi memastikan:

  • meningkatkan potensi keberkesanan
  • mengelakkan kesan sampingan
  • mengurangkan kekerasan ubat
  • mempercepatkan kesembuhan

Sinergi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama :

  • sinergi wajib – pada amnya berfungsi untuk memulih dan memperbaiki keseluruhan sistem tubuh (homeostasis) agar dapat mengekang tubuh daripada serangan penyakit yang dideritai.
  • sinergi asas – berdasarkan diagnosis atau penyakit yang dihidapi.
  • sinergi pelengkap – kebiasaannya mereka yang menghidapi penyakit tertentu turut mengalami gejala-gejala yang timbul akibat penyakit tersebut.

Perlu diingatkan bahawa, setiap sinergi ini akan bersepadu secara berkesan bagi membantu proses pemulihan yang sepenuhnya. Sebarang pengabaian mana-mana sinergi mungkin membantut dan melambatkan proses pemulihan.

SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN

Adakalanya herba yang kita makan tidak berkesan secara maksimal. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

  • Masalah "Mind Set" - Keyakinan yang positif terhadap herba adalah merupakan anak kunci pengubatan kerana Allah S.W.T. telah menjadikan sesuatu itu dengan fungsi tertentunya. Apabila pengambilan herba dilakukan dalam keadaan terpaksa atau ragu-ragu, maka 'pintu pengubatan' bagi diri seseorang itu tidak dibuka dengan sepenuhnya dan mengakibatkan kurang berkesan perawatan herba ke atas dirinya.

  • Tekanan atau Stress - Tekanan yang berpanjangan akan meyebabkan kelenjar di dalam tubuh merembeskan bahan kimia tertentu yang menghalangi proses penyerapan dan tindakan pengubatan herba.

  • Pengambilan air yang tidak mencukupi - Air yang kurang juga menyebabkan herba tidak dapat diserap dengan baik terutama bila mengambil herba yang bersifat diuretik. Keperluan air untuk seseorang adalah sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

  • Penggunaan yang tidak berterusan - Sebahagian herba mempunyai daya kerja yang agak lambat dan memerlukan jangka masa tertentu untuk melakukan proses pemulihan. Seseorang pesakit terutamanya yang telah mengidap penyakit yang agak lama, perlulah bersabar dan memberikan masa yang panjang sedikit untuk herba berkesan sepenuhnya merawat tubuh.

  • Pengikatan dan pembuangan - Cara pengambilan herba yang salah atau penggunaan herba bersama dengan ubat-ubatan lain akan membentuk ikatan kimia yang tidak diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh.

  • Dos yang tidak mencukupi - Dos yang cukup akan memberikan beberapa isyarat kepada tubuh, seperti peningkatan suhu badan dan rasa sengal pada tubuh. Hal ini menunjukan 'tindakbalas' herba yang memenuhi keperluan tubuh. (Lihat Nota Reaksi Herba)

GOLONGAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Adakalanya seseorang perlu diberikan perhatian khas untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya dalam mengamalkan herba. Golongan yang tertentu tersebut adalah seperti berikut:

  1. Orang yang kurus - biasanya mereka mengalami masalah pencernaan dan menyebabkan khasiat makanan yang diambil tidak dapat diserap dengan baik.

  2. Orang tua lanjut usia - organ-organ tubuhnya sudah mulai lemah.

  3. Kanak-kanak - organ tubuh pada kanak-kanak belum terbentuk secara sempurna sehingga daya serapnya terhadap zat pemakanan belum optima.

Ketiga-tiga golongan tersebut perlu dibantu dalam mengambil herba iaitu dengan membuka kapsul pembungkusnya. Kemudian herba tersebut di masukkan ke dalam gelas dan dibancuhkan dengan air mendidih sehingga rata. Minum bila airnya telah menjadi suam.

PRODUK HERBA YANG SELAMAT

Setiap produk herba yang hendak dipasarkan harus melalui beberapa tahap ujian yang diluluskan penggunaanya seperti:

  • Ujian Logam Berat - Produk yang dikeluarkan harus bebas dari logam-logam berat seperti Arsenik, Plumbum dan Mercury dan kandungan yang dibenarkan di dal herba untuk setiap logam tersebut adalah seperti berikut:

    • Arsenik : <>

    • Plumbum : <>

    • Mercury : <>

  • Ujian Bahan Steroid - Produk herba bersangkutan tidak boleh mengandungi bahan steroid sintetik

  • Ujian Mikrob - Had batas mirob di dalam herba bersangkutan tidak boleh melebihi dari 10 CFU (Coloni Forming Unit/Total Microbial Count/GM). 4 jenis mikrob yang tidak dibenarkan berada di dalam produk berkenaan adalah seperti E-coli, Salmonella, Staphylococos aureus dan Pseudomonas aeruginosa.

  • Ujian Kelarutan - Untuk memastikan produk tersebut larut dalam sistem pencernaan manusia, produk dalam kapsul harus larut dalam masa yang kurang dari 30 minit.

Setelah produk berkenaan lulus ujian yang dijalankan, maka ia akan diberikan sijil kelulusan dan diiktiraf selamat untuk digunakan seperti tanda MAL19972881T pada pembungkus botol produk tersebut.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
Sumber Artikel : http://www.hambanya.com/ramlyahmad//herbalisma.html

Posted by Haddy Haswyra Monday, January 25, 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe here

PENGUMUMAN

Kuliah Mingguan HPA Tanjong Malim akan diadakan pada:

Masa : 9.00 Malam
Tempat : HPA Cawangan Tanjong Malim
Tarikh : Setiap Hari Rabu


Dijemput kepada semua warga Tanjong Malim datang beramai-ramai ke Kuliah Mingguan ini bagi mendalami ilmu serta mengetahui selok belok menjadi usahawan HPA dan Islam yang berjaya.

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI HPA:


# Yuran keahlian HPA hanya RM 30.00 sahaja seumur hidup.

# Tiada yuran tahunan.

# Perniagaan ini boleh diwarisi.

# Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan.

# Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.

# Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.
Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.

# Pelan pemasaran yang begitu mudah. ADIL dan SUKSES.

# Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!

# Berpeluang menjana pendapatan lumayan melalui program 5 angka dalam masa 5 bulan dengan menyertai Seminar Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA.

# Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25% setahun.


AKAN DATANG!!!!

Program (PBC) PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG, Bulan Februari di KOMPLEKS TABUNG HAJI KELANA JAYA, anjuran Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 - 27 Jun 2010
Tempat : Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
Yuran : RM 160/seorang


Daftarkan segara peserta anda. Maklumat lanjut, sila hubungi: Abdul Hadi di talian 019-5960282

PESANAN PRODUK

Untuk membuat pesanan produk, ikuti langkah ini :

1. HUBUNGI SAYA :
a) Telefon bimbit : 019-5960282 atau
b) Telefon rumah : 05- 4584306 atau
c) E-mail : abdhadi@upsi.edu.my

2. KAEDAH BAYARAN :
a) Bank Islam : 02020020322038 atau
b) Maybank Berhad : 152023180894 atau
c) Cek Bank Tempatan atau
d) Wang Pos
Atas nama ABDUL HADI BIN AHMAD

3) HUBUNGI SAYA SETELAH ANDA MEMBUAT BAYARAN.

Nota :
1) Penghantaran PERCUMA bagi kawasan TANJONG MALIM sahaja.
2) Luar kawasan Kuala Lumpur, tambah RM5.00 sebagai cas penghantaran.

LIHAT CAWANGAN HPA